Tuesday, 6 October 2015

AIR KENCING BERBUIH

MENGAPA AIR KENCING ANDA BERBUIH?

Pernahkah anda melihat air kencing anda mengandungi buih yang banyak?
Tahukah anda mengapa munculnya buih tersebut di dalam air kencing anda?

Jika anda menganggap ianya adalah perkara biasa, anda telah melakukan kesilapan.

Apabila air kencing anda berbuih, itu menunjukkan buah pinggang anda telah mula rosak.

Mengapa terjadinya demikian? 

Tahukah anda bahawa munculnya buih yang banyak tersebut menunjukkan bahawa air kencing anda mengandungi protein.
Inilah suatu gejala yang dikenali sebagai proteinuria.

Bagaimana pula wujudnya protein di dalam urin menjadi tanda buah pinggang telah rosak?

-Ini kerana fungsi buah pinggang yang sihat ialah menapis keluar bahan-bahan buangan dari darah.
-Tetapi protein dan bahan yang diperlukan oleh tubuh akan ditinggalkan di dalam darah.
-Kebanyakan zat-zat protin tidak sepatutnya melalui penapis buah pinggang.
-Namun,sebaliknya akan berlaku sekiranya buah pinggang sudah pun rosak.
-Di mana protein dari dalam darah yang diperlukan oleh tubuh
akan bocor dan keluar bersama urin.
-Protein yang selalunya dikesan muncul di dalam kandungan urin ialah albumin.
-Albuminuria adalah istilah yang sering digunakan ketika ujian untuk mengesan kewujudannya di dalam urin.

Jadi selepas ini berwaspadalah dengan kehadiran buih di dalam air kencing anda. Kerana ia mungkin tanda buah pinggang anda
sudah mulai rosak.

Image result for buah pinggang






No comments:

Post a Comment